Friday, January 7, 2011

Asal Freemason dari kumpulan tukang batu..??

Persatuan tukang batu

Penjelasan yang lebih berasas mengenai gerakan Freemason ialah ia berkembang daripada persatuan pemahat dan tukang batu (dalam bahasa Inggeris, pemahat atau tukang batu dipanggil mason atau stone mason) pada Zaman Pertengahan di Eropah. Pada masa itu, mereka diambil untuk bekerja oleh raja dan pihak gereja. Terdapat dua jenis tukang batu. Satu ialah tukang batu yang memahat batu-batu biasa yang dinamakan rough mason. Freestone mason pula adalah tukang batu yang memahat batu-batu yang lebih terperinci dan dengan kesenian. Mereka ini adalah golongan bebas (free) dan bukan hamba kepada mana-mana tuan yang kaya. Nama "Freestone mason" kemudian disingkatkan menjadi Freemason. Oleh sebab keistimewaan dan kebolehan mereka, golongan ini menubuhkan kelab atau persatuan sendiri untuk membincangkan pertukangan, kesenian dan kadar upah mereka. Salam tangan rahsia, kata-kata rahsia dan tanda-tanda lain direka untuk membezakan mereka dengan tukang batu yang lain.

Hahahaha..aku tergelak sorang-sorang biler bace nih..mcm hampeh je..cam orang stone dadah pun ade..Ni, ade lagi aku bagi korang bace..


Kristian dan Freemason

Beberapa mazhab Kristian mempunyai sikap negatif terhadap Freemason termasuk mengharamkan atau tidak menggalakkan penganutnya daripada menjadi ahli Freemason.

Kristian Katolik mempunyai sejarah panjang dalam penolakannya. Penolakan Gereja Katolik berdasarkan dakwaan bahawa Freemason mengajar bahawa semua agama adalah sama yang bertentangan dengan doktrin Gereja Katolik. Terdapat banyak arahan paus yang melarang terlibat dengan Freemason. Pertama adalah daripada Paus Clemant XII pada 28 April 1738 dan yang terbaru daripada Paus Leo XIII pada 15 Oktober 1890. Kanun Hukum Gereja tahun 1917 juga mengharamkan buka yang mesra dengan Freemason.

Pada tahun 1983, Gereja mengeluarkan Kanun Hukum Gereja yang baru tetapi berlainan daripada sebelumnya, ia tidak secara jelas menyebut persatuan rahsia mana yang dikutuk. Ini menyebabkan ramai daripada kalangan penganut Katolik mahu pun daripada Freemason yang percaya larangan ke atas Freemason sudah ditarik balik. Bagaimana pun perkara ini dijelaskan oleh Kardinal Joseph Ratzinger (yang kini Paus Benedict XVI) bahawa pihak Gereja Katolik masih menganggap doktrin Katolik dan Freemason tidak selari dan keanggotaan penganut Katolik dalam Freemason masih dilarang.

Bagi Gereja Protestan pula, penentangan lebih kepada dakwaan Freemason mengamalkan mistik, percaya kepada benda ghaib dan pengikut syaitan (satanisme). Seorang ahli Freemason yang kontroversi, Albert Pike, sentiasa dijadikan contoh rujukan oleh Gereja Protestan. Pike adalah tokoh kontroversi yang terkenal sebagai penganut ajaran syaitan dan juga ahli Freemason. Menurut Pike, tiga perang dunia harus terjadi dengan perang dunia ketiga sebagai yang terakhir untuk memberi jalan kepada mekarnya agama dunia yang baru yang menjadikan Lucifer sebagai tuhan.

Hurmmm..korang da bace kan..? Ape pendapat korang pasal Freemason nih...Aku dari dulu xpuas ati pasal diowang nih..Aku nak bongkarkan ape tujuan sebenar diorang. Tapi aku xcukup bukti. Bukti yang ade cuma dari internet dan beberapa penceritaan secara lisan. Aku dapat tahu bahawa, ade dua teori berkenaan freemason. First, berkenaan untuk menakhluk dunia secara halus. Second, mereka adalah golongan bijak pandai yang membangkang sistem gereja yang banyak menipu dan geng freemason nih menyembah benda2 yang merapu..Entah lah.. Aku xbrani nak cakap pape..Dari geng2 tukang batu,terus geng memerintah dunia. Mcm George Bush ckp..Its Time For New World Order..Lebih kurang la ayat tuh...hahaha..Mcm ajak makan ice krim lak...Ok lar..Pape Hal, Lu pikir La sendiri..!!! hohoho...


No comments:

Post a Comment